Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pembaca yang saya hormati,
Melalui pakej "Template Segera Versi Fanpage" ini saya akan mendedahkan cara seorang yang ZERO dalam bidang grafik dapat menyiapkan timeline cover yang menarik dalam masa kurang dari 10 minit. Bukan satu atau dua orang sahaja yang pernah menggunakan kaedah ini tetapi ramai malah pereka grafik sendiri juga pernah menggunakan kaedah ini termasuk saya.
Bukan mudah untuk menghasilkan karya yang menarik dalam masa yang singkat, pereka berpengalaman juga menghadapi masalah kebuntuan idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Oleh sebab itu, jangan cepat marah apabila kerja yang kita berikan lambat untuk disiapkan atau hasilnya kurang menarik. Para pereka grafik sanggup bersengkang mata hingga ke pagi dan memerah otak demi menyiapkan amanah yang sudah diberikan.
TETAPI, pada hari ini anda begitu bertuah kerana saudara-saudari tidak akan mengalami masalah yang diceritakan seperti diatas. Saya sudah siapkan pakej ini untuk kemudahansaudara-saudari sendiri. Banyak pengorbanan yang saya lakukan termasuklah menolak banyak tempahan grafik dan menggunakan banyak masa untuk membuat kajian dan mencari bahan-bahan yang diperlukan. Saya berharap ianya berbaloi dan dapat membantu masalah yang sedang saudara-saudari hadapi.
Disebabkan penggunaan profile peribadi banyak digunakan untuk tujuan perniagaan, pihak Facebook mengambil langkah dengan menghasilkan ciri-ciri sistem yang baru khas untuk perniagaan iaitu "Facebook Page" dan "Facebook Timeline". Dengan gabungan kedua-duanya, perniagaan di laman sosial kini menjadi lebih efekif dan mantap.
Facebook telah menukar paparan pengguna biasa kepada "Facebook Timeline" pada tahun 2011 dimana terdapat banyak ruang yang boleh dimanfaatkan. saudara-saudari boleh menggunakannya untuk mempromosikan pelbagai jenis produk yang anda mahukan di sana.
Begitu mudah untuk berniaga di Facebook, hanya perlu buat halaman yang baru khas untuk produk atau servis yang ingin anda jual kemudian mulakan promosi dan dapatkan jualan pertama.
Untuk Maklumat Lanjut Klik Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan